FOTO DJ Dolasoh
FOTO DJ Dolasoh
DJ Dolasoh


TIGA maut manakala tujuh cedera, termasuk tiga kanak-kanak lelaki selepas dua kenderaan bertembung di Kilometer 56.5 Jalan Kuala Kangsar-Gerik, dekat Kampung Air Kala, Lenggong, hari ini.

Kemalangan membabitkan Proton Exora dan Perodua Myvi, pada 4.30 petang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, berkata pihaknya menerima maklumat pada 4.44 petang.

"Kami mendapati Myvi itu dinaiki lima wanita manakala Exora pula dinaiki satu keluarga terdiri daripada lelaki, perempuan dan tiga kanak-kanak lelaki.

"Kemalangan turut membabitkan Kia Spektra yang dipandu seorang lelaki namun dia tidak cedera,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tiga mangsa yang maut adalah penumpang Myvi dengan dua daripadanya meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa itu maut tercampak keluar dari kereta manakala seorang lagi tersepit.

“Pemandu dan penumpang Myvi agak parah manakala lima sekeluarga dalam Exora turut cedera.

"Bomba guna pemotong hidraulik untuk menggeluarkan mangsa yang tersepit dan operasi diketuai Mohd Anuar Mohd Saff itu tamat pada 6.31 petang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2017 @ 8:15 PM