FOTO ihsan Bomba
FOTO ihsan Bomba
Oleh Nur Saliawati Salberi


Jasin: Tiga buah rumah kedai dua tingkat musnah selepas bangunan dua tingkat berkenaan terbakar dalam kejadian di Kilometer 40 Kampung Chohong, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, kesemua tiga buah rumah kedai berkenaan termasuk stor penyimpanan barangan pertanian hangus terbakar.

Jurucakap bomba berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.06 petang dua buah jentera masing-masing dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dan BBP Bukit Katil dikejarkan ke lokasi kejadian bersama 11 anggota.

"Sebaik tiba dilokasi kejadian kebakaran sudah membabitkan kira-kira 70 peratus dan pihak bomba terpaksa mengawal api daripada merebak ke bangunan bersebelahan untuk mengelakkan daripada keadaan yang lebih teruk.

"Kebakaran itu turut menyebabkan sebuah kedai runcit terbakar kira-kira 30 peratus bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain punca kebakaran masih belum dikenal pasti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2015 @ 3:55 PM