PANDELELA akui mampu imbangi latihan dan pelajaran.
PANDELELA akui mampu imbangi latihan dan pelajaran.
Oleh Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong menegaskan tidak akan menangguhkan pengajiannya untuk menghadapi Sukan Olimpik 2016 Rio kerana beranggapan mampu mengimbangi latihan dan pelajaran.

Atlet kelahiran Sarawak itu yang sudah layak ke Brazil tahun depan, menegaskan tidak rasa dibebani dengan sesi latihan sebelah pagi dan petang biarpun ada ketikanya perlu menghadiri kelas.

“Jadi tiada gunanya saya tangguhkan pengajian jika boleh menjalani latihan dan pada masa sama belajar,” kata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2012 London dalam acara 10m platform itu.

Sebelum ini, ketua jurulatih terjun Yang Zhuliang menyarankan atlet yang sudah layak ke temasya Olimpik Rio supaya menangguhkan pembelajaran mereka dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap latihan.

Menurutnya, pendekatan itu digunakan kebanyakan atlet dari China, Russia dan England setiap kali mereka menyiapkan diri untuk menghadapi kejohanan besar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:20 AM