Oleh Mohd Badlishah Md Ali

 

Shah Alam: Demi menyemarakkan pembangunan bola sepak diperingkat akar umbi negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama Kelab Bola Sepak PNSB telah menganjurkan Karnival Bola Sepak PNSB 2014 di Stadium Mini Shah Alam pada 25 dan 26 Oktober lalu.

Program sempena ulangtahun ke-10 PNSB itu juga bertujuan melahirkan pemain muda berbakat untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu bawah 8, 10, 12 dan 16 tahun dengan penyertaan lebih 1000 pemain.

Karnival dirasmikan Naib Presiden, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Emran Kadir dan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif PNSB merangkap Penaung Kelab Bolasepak PNSB, Datuk Ahmad Omar dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor, Shamsul Shahrizal Badliza Mohd Noor.

Pasukan Genpro mengungguli kategori bawah 16 tahun manakala Putera Kapar berpuas hati tempat kedua dan PNSB (ketiga). Bagi kategori bawah 12 tahun, juara milik Tunas Legenda manakala naib juara, CIMB-YFA dan Akademi Muda FC (ketiga).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 November 2014 @ 5:07 AM