(Dari kiri) Masidi, Hishammuddin dan Abdul Jalil mengecat rumah yang dibaiki menerusi Program Jiwa Murni ATM-MPB di Kampung Sinisian, Kundasang. NSTP/Edmund Samunting
(Dari kiri) Masidi, Hishammuddin dan Abdul Jalil mengecat rumah yang dibaiki menerusi Program Jiwa Murni ATM-MPB di Kampung Sinisian, Kundasang. NSTP/Edmund Samunting
Oleh Mohd Razlan Salleh

Ranau: Kementerian Pertahanan yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) mampu menangani perhimpunan haram yang dijadualkan berlangsung esok tanpa membabitkan penyertaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, ATM adalah pertahanan terakhir negara dan hanya bertindak dalam situasi kecemasan.

"Laporan medial sosial yang mendakwa ATM akan 'masuk campur' dalam perhimpunan esok adalah tidak benar.

"Mereka (media sosial) hanya memutar belitkan kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin bagi mencetus perasaan panik dalam kalangan orang ramai," katanya ketika sidang media selepas melancarkan Program Jiwa Murni ATM Bersama Media Prima Berhad (MPB) di Kampung Sinisian Kundasang, di sini, petang tadi.

Hadir sama, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M’sia) Bhd (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun.

Hishammuddin berkata, ATM sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

"Saya berharap semua pihak menghormati undang-undang dan jangan ada mana-mana pihak mengeksplotasi keadaan sehingga menjadi tidak terkawal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Ogos 2015 @ 4:17 PM