FUAD tekun menggunting rambut pelanggannya.
FUAD tekun menggunting rambut pelanggannya.
FUAD tekun menggunting rambut pelanggannya.
FUAD tekun menggunting rambut pelanggannya.
SEORANG pelanggan Fuad yang berpuas hati dengan sentuhan tangannya.
SEORANG pelanggan Fuad yang berpuas hati dengan sentuhan tangannya.
AKSI selfie pelanggannya yang gembira dengan sentuhan tangan Fuad.
AKSI selfie pelanggannya yang gembira dengan sentuhan tangan Fuad.
KAWASAN depan rumah yang dijadikan tempat menggunting   rambut pelanggannya.
KAWASAN depan rumah yang dijadikan tempat menggunting rambut pelanggannya.

FATIN FARHANA JAPRE menemu ramah seorang anak muda yang bijak menggunakan bakatnya menjadi tukang gunting bagi menjana pendapatan sampingan.

Tidak dinafikan trend menjana wang dengan kreativiti sendiri makin popular malah ada di antara mereka berurusan dari rumah. Begitu juga Muhammad Fuad Zolkhornain (Fuad), 17, turut tidak melepaskan peluang ditambah pula dengan bakat dimilikinya, mahir menggunting rambut.

Menurut Fuad, pada usia 16 tahun dia kerap melayari Internet untuk mempelajari cara memegang gunting, fesyen rambut terkini dan cara mengguntingnya. Malah setiap kali menemani rakannya menggunting rambut, dia tidak melepaskan peluang memerhatikan dan belajar cara tukang gunting menggunting rambut rakannya.

Pada awal tahun ini, dia memberitahu hasrat untuk menggunakan ruang hadapan rumah bagi memulakan minatnya sebagai tukang gunting kepada ibu bapanya. Walaupun dia masih bersekolah dan akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini, ibu bapanya menyokong baik hasratnya itu.

“Bermodalkan RM500, saya mula membeli barang asas menggunting rambut seperti pin rambut, spray, pomade, gunting, sikat dan sebagainya, Saya beruntung kerana separuh modal dibantu oleh keluarga dan ayah turut memberi saya mesin potong rambutnya yang dulu digunakan untuk memotong rambut saya.

“Bidang gunting rambut ini perlukan keyakinan diri yang tinggi supaya orang yakin dengan servis kita. Oleh itu sebagai langkah awal saya memuat naik sekeping gambar mesin potong rambut di Instagram (@muhammadfuad_) dengan caption ‘Maybe one day’.

“Bermula dari situ, ada seorang rakan menawarkan diri untuk saya cuba menggunting rambutnya dengan gaya klasik. Berpuas hati de­ngan sentuhan tangan saya, dia mula menceritakan kepada rakan-rakan yang lain ibarat promosi dari mulut ke mulut. Itulah kali pertama saya menggunting rambut orang, walaupun rasa gugup saya tetap kata pada hati yang saya boleh lakukan,” katanya.

Disebabkan Fuad masih bersekolah, pelanggannya perlu membuat temu janji terlebih dahulu sebelum datang ke rumah. Selalunya Fuad menggunting rambut pelanggannya selepas waktu tamat persekolahan membawa ke malam. Namun bergantung kepada bilangan pelanggan yang membuat temu janji dengannya.

“Kebanyakan pelanggan saya semuanya terdiri daripada rakan dan jiran sekeliling tidak kira tua atau pun muda. Bayaran yang dikenakan juga hanya RM5, ia amat murah dan berpatutan. Bagi saya yang penting bukannya duit, tetapi kualiti dan kekemasan yang dapat saya berikan kepada pelanggan.

“Meskipun masih baru dalam bidang ini, saya pernah gunting pelbagai gaya rambut seperti ‘high fade’, ‘low fade’, ‘slick back’, ‘under cut’, ‘smart cut’, ‘pompadour’, dan banyak lagi. Kini, saya belajar cara menggunting rambut gaya ‘hair tattoo’ dan ‘conrow’,” katanya.

Menurutnya lagi, meski pun hanya dijadikan pendapatan sampingan dia boleh mendapat RM400 sebulan. Pernah dalam sehari, Fuad mendapat 30 pelanggan, tetapi dia hanya mengambil RM100 daripada hasil titik peluhnya dan selebihnya diberi pada ibu untuk simpanan masa hadapan.

“Kini, saya lebih pandai menghargai masa yang ada. Ini kerana saya perlu pandai membahagikan masa untuk menggunting rambut, belajar, dan beriadah bersama rakan dan keluarga. Selalunya siang saya menggunting rambut pelanggan, malam pula mengulang kaji pelajaran.

“Sementara menunggu keputusan tawaran kemasukan ke universiti nanti, saya bercadang bekerja di kedai gunting rambut untuk mencari lebih banyak pengalaman. Selain itu, saya ingin menyediakan perkhidmatan menggunting rambut dari rumah ke rumah.

“Insya-Allah, dalam masa lima tahun lagi saya pula akan mempunyai kedai gunting rambut sendiri. Jika berpeluang, saya juga ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang ini bagi mengembangkan bakat yang sedia ada,” kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2015 @ 8:59 AM