PELANGGAN menunggu giliran untuk menggunting rambut.
PELANGGAN menunggu giliran untuk menggunting rambut.
AHMAT menjadi pilihan pelanggan pelbagai kaum.
AHMAT menjadi pilihan pelanggan pelbagai kaum.
Oleh Khalid Latip

Bintangor: Selepas menunaikan solat Subuh, tukang gunting rambut Ahmat Juki, 68, mula menyediakan kelengkapannya iaitu bangku, gunting, cermin dan sikat untuk dibawa ke tempat kerja.

Tepat jam 7.45 pagi, warga emas itu menunggang motosikal dari rumahnya di Kampung Bidadari untuk pergi ke tempat kerjanya berhampiran jeti Sungai Sian, di sini.

Tempat kerja warga emas itu bukannya premis berhawa dingin yang mempunyai kemudahan lengkap seperti salun rambut, sebaliknya dia menawarkan khidmat menggunting rambut di bawah pokok rendang berhampiran jeti.

Walaupun tiada kemudahan lengkap, perkhidmatan gunting rambut yang ditawarkan Ahmat sememangnya ditunggu-tunggu penduduk bandar itu dan kawasan berhampiran.

Ahmat berkata, dia memulakan perniagaan dari jam 8 pagi hingga 2 petang setiap hari dan beroperasi di bawah pokok itu lebih 10 tahun lalu.

“Pokok ini sahabat setia saya dan tempat mencari rezeki setiap hari. Saya selesa berlindung di bawah pokok ini sambil menunggu pelanggan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2015 @ 5:26 AM