GABUNGKAN kreativiti ketika menghias ruang.
GABUNGKAN kreativiti ketika menghias ruang.
RUANG tangga juga memerlukan pencahayaan sempurna.
RUANG tangga juga memerlukan pencahayaan sempurna.

Menghias ruang kediaman memerlukan kreativiti dan kepekaan sepenuhnya supaya impian menjadi kenyataan.

Elak menghias ruang kecil dengan banyak perkakas kecil dan sesuaikan sedikit perkakas besar supaya ruang tidak kelihatan semak. Gambar atau lukisan saiz besar sesuai diketengahkan.

Aspek pencahayaan amat penting, jika ruang terbuka, gunakan lampu tambahan lain seperti lampu meja dan lampu yang berdiri di atas lantai. Jika membeli lampu, ambil kira kesesuaian dekorasi kerana terlalu banyak cahaya dalam kediaman boleh memberikan kesan kurang selesa apatah lagi memasang lampu dalam kedudukan yang salah atau terlalu dekat.

Elak penggunaan kadar atau tahap cahaya yang tidak sesuai dengan peringkat umur terutama bilik tidur bayi, kanak-kanak atau warga emas.

Di bilik tidur, penggunaan lampu putih amat sesuai untuk warga emas tapi jangan terlalu terang dan suram.

Di ruang dapur pula, lampu putih sesuai untuk kerja memasak manakala lampu cahaya kuning yang romantik sesuai untuk ruang makan.

Aspek perabot, usah terpengaruh dengan apa yang dipamerkan di gedung perabot sebaliknya anda boleh membeli jenis yang berlainan dan sesuaikan seperti sofa tradisional dengan warna moden.

Pemilihan cat penting dengan memerhatikan warna pilihan itu dalam pancaran cahaya semula jadi.

Bagi mendapatkan gambaran terbaik, cucuk lubang pada sekeping kertas putih dan perhatikan warna yang dipalit pada sekeping kain di belakangnya melalui lubang itu.

Malah, anda juga perlu mengelak terlalu teruja dan secara berlebihan menampilkan gaya penataan.

Memilih tema binatang untuk bilik si kecil umpamanya, lebih mengundang rasa kurang selesa apabila terlalu banyak elemen hiasan diketengahkan hingga perhiasan lain tenggelam.

Ketika menyusun letak barangan perhiasan, perlu ada teknik dan kreativiti supaya sedap mata memandang. Elak ruang terlalu sarat dengan perhiasan kecil supaya suasana lebih selesa dan memudahkan dari segi penyelenggaraan.

Mengamalkan tabiat tidak mahu berhenti menghias juga perlu dielakkan. Pemilihan fabrik juga penting. Apabila anda memilih alas meja, elak corak terlalu padat atau jenis yang beropol.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Ogos 2015 @ 5:01 AM