PILIH pakaian dan asingkan mengikut kategori sebelum melipat.
PILIH pakaian dan asingkan mengikut kategori sebelum melipat.
PAKAIAN hendaklah disangkut rapi dalam almari jika tidak bercadang melipatnya.
PAKAIAN hendaklah disangkut rapi dalam almari jika tidak bercadang melipatnya.

Elak cari pakaian dalam keadaan kelam-kabut, jimat ruang

Ruang penyimpanan

Melipat pakaian antara aktiviti harian yang kurang digemari berbanding memasak atau mengemas.

Mungkin anda memerlukan sebuah bilik khas sebagai ruang menyimpan pakaian dan seharusnya menyediakan tempat menyangkut.

Semua pakaian hendaklah disangkut rapi dan jika ingin menjimatkan ruang, kreativiti anda sangat diperlukan. Sekurang-kurangnya lebih praktikal dan membantu ruang tampil lebih kemas.

Begitu juga dengan seluar yang memerlukan penyangkut, klip dan susun atur sesuai. Rancang secara ringkas susun atur setiap pakaian yang anda sangkut bagi memudahkan ia dicapai atau dicari ketika memerlukan.

Tempatkan pakaian kerja di bahagian paling depan kerana anda tentunya mengejar masa pada waktu pagi.

Elak mencari pakaian dalam keadaan kelam- kabut kerana situasi itu boleh menyebabkan susun aturnya lebih ‘cacamarba.’ Risikonya, anda terpaksa meluangkan masa untuk mengemas semula pakaian itu.

Bagi wanita, tudung atau selendang sebaik-baiknya digantung menggunakan penyangkut sesuai.

Sudah tentu memudahkan anda membuat pilihan untuk memadankannya dengan pakaian sesuai. Seterusnya kelengkapan lain boleh juga diisi ke dalam bakul.

Pada ruang penyimpanan yang tiada tempat menyangkut pakaian, penggunaan rak terbuka mungkin dapat membantu. Setiap rak juga disediakan kotak yang siap dilabel dan masukkan pakaian mengikut label itu.

Melipat pakaian dengan mudah

1. Longgokkan semua pakaian siap dibasuh pada tempat sesuai dan bersih.

2. Pilih pakaian dan asingkan mengikut kategori. Umpamanya sekalikan kain batik, pelekat dan tuala besar.

3. Mulakan proses melipat dengan kategori kain antara yang pertama dan seterusnya.

4. Selepas melipat, letakkan terus pakaian ke dalam almari atau rak terbuka. Bagi rutin ini mungkin kerjasama ahli keluarga diperlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2016 @ 5:00 AM