RUANG makan harus tampil dengan limpahan cahaya yang lebih terang.
RUANG makan harus tampil dengan limpahan cahaya yang lebih terang.
TEKNIK sentuhan dekorasi pada ruang makan amat berbeza berbeza dengan ruang lain.
TEKNIK sentuhan dekorasi pada ruang makan amat berbeza berbeza dengan ruang lain.

Salam deko. Kali ini saya ingin menyentuh dekorasi ruang dan meja makan kerana ia amat penting bagi seisi keluarga menjamu selera selain menimbulkan keceriaan apabila ada tetamu.

Teknik sentuhan dekorasi ruang makan amat berbeza berbanding ruang tamu, keluarga atau bilik tidur. Ia biasanya terbahagi kepada dua, iaitu ruang makan keluarga dan makan tetamu.

Namun, kebanyakan kediaman hari ini tampil dengan hanya satu ruang makan, justeru saya menggabungkan teknik sentuhan yang sesuai untuk ruang makan tetamu dan keluarga.

Dari segi warna, pilih warna lebih lembut iaitu koleksi pastel. Elak warna terlalu terang dan menyerlah kerana warna terang membangkitkan suasana lebih panas dan mengalirkan lebih aura tenaga.

Tidak mustahil anda bermandi peluh apabila menghirup sup panas di ruang makan dengan warna terang seperti oren, merah dan jingga.

Teknik pencahayaan juga berbeza kerana ruang makan harus tampil dengan limpahan cahaya lebih terang supaya terus menerjah ke permukaan meja makan. Ini suatu teknik yang sering ditinggalkan dan akibatnya ruang makan tidak mempunyai aura.

Ruang makan perlu memilki lampu jenis gantungan dari siling yang labuh kepermukaan meja malah lebih sesuai apabila lampu itu berada tepat di tengah ruang atau permukaan meja makan anda.

Bagi ruang makan terhad, pemilihan meja makan deĀ­ngan bentuk bersegi lebih tepat seperti berbentuk empat segi kerana lebih menjimatkan ruang berbanding meja makan bujur atau bulat.

Pemilihan kerusi juga datang dalam pelbagai kemasan. Jika mempunyai anak kecil, elak memilih kerusi meja makan berfabrik.

Meja makan juga perlu ada sedikit kesegaran, jadi pilih dekorasi jambangan bunga segar atau jika anda tiada masa, memadai memilih jambangan bunga plastik untuk sedikit dekorasi.

Elak meletak bingkai gambar atau bahan dekorasi yang agak besar di atas meja makan.

Lebih elok jika ruang makan berada berhampiran tingkap atau sumber pencahayaan asli supaya mampu tampil lebih selesa, malah berada di dalam rumah seharian boleh menjadi satu momen yang menyenangkan.

Menerusi sedikit panduan sentuhan dekorasi ruang makan, pastinya selepas ini anda sibuk pula menyelak majalah resipi bagi menyediakan hidangan lazat apatah lagi sebagai hidangan istimewa kepada insan tersayang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2015 @ 5:01 AM