PILIH hiasan atau perabot mudah untuk dibersihkan supaya bilik bayi tidak menjadi sarang debu dan kuman.
PILIH hiasan atau perabot mudah untuk dibersihkan supaya bilik bayi tidak menjadi sarang debu dan kuman.
Oleh Faizal Zain

Saya kini menanti saat kehadiran cahaya mata pertama. Saya dan suami berpindah ke apartmen baru yang mempunyai tiga bilik tidur. Satu daripada bilik itu saya dan suami ingin jadikannya bilik bayi. Apakah perlu dilakukan untuk menghias bilik cahaya mata sulung ini?

Munirah, Bandar Bukit Raja, Klang.

Kehadiran cahaya mata pertama kali membuatkan kita selalu teruja dan ingin memberikan yang terbaik buat si manja. Bagi menghias bilik si manja, beberapa aspek perlu dititikberatkan antaranya:

1. Keselamatan

Pilihlah bahan yang tidak berisiko menimbulkan racun untuk seluruh bilik. Pastikan bilik dan tempat tidur tidak membahayakan bayi. Pilihlah bahan lembut bagi mengelakpertembungan dengan kepala bayi seperti meja berbucu.

2. Pilih warna yang menenangkan

Elak memilih warna merah jambu untuk bayi perempuan dan biru untuk bayi lelaki sebaliknya pilih warna yang lembut dan menenangkan, selepas itu tambah dengan hiasan yang sesuai untuk si comel.

3. Kreatif

Anda boleh membuat hiasan sederhana sendiri. Hiasan gantung sederhana tempat tidur sangat menarik, anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk menghiasnya. Untuk menambah kecantikan, hiasi dekorasi origami di bilik si comel.

4. Mudah dibersihkan

Hiasan yang terlalu banyak dan rumit menjadikan bilik bayi sukar dibersihkan dan memerangkap habuk. Pilih hiasan dan perabot mudah untuk dibersihkan supaya bilik bayi tidak menjadi sarang debu dan kuman. Selamat mencuba!

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2015 @ 5:00 AM