Hock Guan (duduk kiri) menceritakan pengalamannya kepada media ketika baru tiba di kediamannya di Taman Dedap, Butterworth, petang tadi.
Hock Guan (duduk kiri) menceritakan pengalamannya kepada media ketika baru tiba di kediamannya di Taman Dedap, Butterworth, petang tadi.
Oleh Shamsul Munir Safini


Butterworth: "Ketika kejadian saya sedang melutut di dalam kuil berkenaan sebelum satu letupan kedengaran di belakang saya.

"Gelombang kuat letupan menolak saya sehingga tersembam di lantai kuil," kata Neoh Hock Guan, 55, yang terselamat dalam kejadian letupan bom di Bangkok, Isnin lalu.

Lima ahli keluarganya terdiri daripada isteri, Lim Su Gaik, 49, Neoh Kah Chun, 20, (anak), Lee Jing Sian, 4, (cucu), Lee Chee Siang, 35, (menantu) dan Lim Su See, 52, (kakak ipar), terbunuh dalam kejadian itu.

Seorang lagi anaknya, Neoh Yee Ling, 33, yang mengandung lima bulan, terselamat dalam kejadian itu.

Hock Guan tiba di kediamannya di Taman Dedap,Butterworth 5.30 petang tadi dengan memandu dari Hatyai selepas menaiki penerbangan dari Bangkok ke Hatyai.

Menurutnya, dia tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu sebelum cuba menjerit minta tolong.

“Anak saya yang terselamat tidak cedera kerana berada di luar kuil sebaliknya lima lagi ahli keluarga yang berada di dalam kuil maut manakala saya hanya cedera," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 9:09 PM