MANUSKRIP al-Quran yang tersimpan di Universiti Birmingham.
MANUSKRIP al-Quran yang tersimpan di Universiti Birmingham.
Agensi

Makkah: Universiti Birmingham bersetuju menyerahkan kitab suci al-Quran yang didakwanya paling tua di dunia kepada Pusat Kajian Sejarah, Seni dan Budaya Islam di Istanbul, Turki, untuk diperiksa selanjutnya.

Universiti berkenaan mengumumkan kewujudan kitab suci itu Julai lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkannya, manuskrip itu ditulis pada zaman Nabi Muhammad (SAW), sekali gus menjadikannya yang tertua di dunia.

Sebuah akhbar di Makkah semalam memetik ketua pengarah pusat berkenaan Halit Eren sebagai berkata: “Kami akan mengkaji dengan teliti manuskrip itu dengan merujuk kepada manuskrip dan kitab yang ada untuk mengesahkan tarikh sebenar tarikh al-Quran yang disimpan di Universiti Birmingham itu.”

Menurut Halit, analisis radiokarbon yang dilakukan universiti berkenaan tidak dapat memberikan tarikh tepat, mungkin lebih atau kurang 10 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 7:33 AM