Oleh Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: Allah SWT sudah menjanjikan kejayaan di dunia dan akhirat kepada hamba-Nya yang berusaha mengamalkan gaya hidup Islam termasuk menjadikan al-Quran sebagai pendamping hidup.

Penceramah bebas Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, seseorang Islam itu hanya akan mendapat panduan hidup yang sempurna selepas mendalami dan memahami isu kandungan al-Quran secara keseluruhannya.

“Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Rasullulah SAW dan ia bukan sesuatu yang mudah untuk dipelajari berikutan tulisan yang digunakan sukar difahami tanpa pengetahuan bahasa Arab.

“Namun, sekiranya seseorang itu berjaya mendalami al-Quran biarpun dalam tempoh masa yang panjang, nescaya ilmu lain yang dipelajari mudah difahami seterusnya memperoleh kecemerlangan di dunia,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Mei 2015 @ 8:09 AM