BEREGU V Shem (kiri) dan Wee Kiong terkandas di pusingan ketiga Kejohanan Dunia.
BEREGU V Shem (kiri) dan Wee Kiong terkandas di pusingan ketiga Kejohanan Dunia.
Oleh Ferzalfie Fauzi


Klang: Beri mereka masa, itulah yang diharapkan bekas pemain beregu lelaki negara, Yap Kim Hock selepas ditanya mengenai pencapaian Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada Kejohanan Dunia di Jakarta.

Menurut pemenang pingat perak Sukan Olimpik 1996 Atlanta itu, V Shem-Wee Kiong masih lagi muda jika hendak dibandingkan dengan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dan jaguh Korea Selatan, Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.

“Memang mereka sudah menyertai beberapa pertandingan besar sebelum ini tapi mereka masih muda dan mempunyai peluang hingga Sukan Olimpik 2020 Tokyo,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Kejohanan Junior Purple League (JPL) 2015 semalam.

Kim Hock yang juga Presiden Klang United Badminton Club (KUBC), mengharapkan pasangan utama negara itu tidak berada terlalu jauh dari segi kedudukan ranking dengan beberapa gandingan terbaik dunia.

“Sekarang mereka perlu mencari semula keyakinan, belajar daripada kesilapan untuk mempersiapkan diri bagi Olimpik 2020 kerana mereka masih mempunyai tempoh empat hingga lima tahun lagi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2015 @ 5:12 AM