V Shem (kiri) dan Wee Kiong di depan beregu China dan Denmark. FOTO HM
V Shem (kiri) dan Wee Kiong di depan beregu China dan Denmark. FOTO HM
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong melonjak ke tangga teratas kedudukan ranking dunia yang dikemaskini oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hari ini.

V Shem-Wee Kiong yang sebelum ini menduduki ranking kedua dunia mengumpul 71,297 mata manakala di tangga kedua adalah Chai Biao-Hong Wei dari China dengan pungutan 70,220 mata.

Pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen di tangga ketiga (67,534).

Lee Yong Dae-Yoo Yoon Seong yang sebelum ini menduduki tangga teratas dikeluarkan dari ranking berkenaan kerana persaraan.

Sebelum ini V Shem-Wee Kiong berjaya muncul juara Siri Super Perdana Terbuka Denmark bulan lalu yang sedikit-sebanyak membantu mereka menambah pungutan mata.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu akan meneruskan aksi untuk beraksi di Terbuka China dan Hong Kong bulan ini, sebelum turun ke Dubai pada Disember menyertai Siri Super Akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 8:42 PM