GANDINGAN V Shem (kanan) dan Wee Kiong kurang latihan bersama.
GANDINGAN V Shem (kanan) dan Wee Kiong kurang latihan bersama.
Oleh Ferzalfie Fauzi

Kuala Lumpur: Jangan mengharapkan keajaiban dari gandingan beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong jika Malaysia tidak mempunyai wakil dalam acara perseorangan lelaki Seluruh England 2015 bulan depan.

Itulah rayuan Wee Kiong yang menganggap sebarang harapan sebegitu akan hanya menghadirkan tekanan tatkala V Shem baru saja pulih dari kecederaan lutut kiri.

“V Shem baru saja pulih dari kecederaan dan kami kurang latihan bersama. Jadi saya harap peminat jangan letak harapan terlalu tinggi kepada kami di Seluruh England nanti,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berdasarkan undian, pasangan utama negara itu akan berdepan pemain dari peringkat kelayakan di pusingan pertama dan jika menang, gandingan yang menanti mereka selepas itu ialah Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong yang juga pilihan utama kejohanan.

Kata Wee Kiong, persiapan mereka berjalan lancar walaupun sebelum ini bimbang mengenai tahap pemulihan V Shem yang mengalami kecederaan bulan lalu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 5:23 AM