CAFE bersalut emas menjadi lambang kemewahan di lapangan terbang ini.
CAFE bersalut emas menjadi lambang kemewahan di lapangan terbang ini.
TAMAN hutan hijau di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menawarkan pemandangan yang mendamaikan.
TAMAN hutan hijau di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menawarkan pemandangan yang mendamaikan.
KOLAM luncur ombak  terbesar di dunia yang terdapat di lapangan terbang ini.
KOLAM luncur ombak terbesar di dunia yang terdapat di lapangan terbang ini.
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Incheon mempunyai kawasan taman yang sangat cantik.
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Incheon mempunyai kawasan taman yang sangat cantik.

Bagi kebanyakan penumpang pengalaman terkandas berjam-jam di lapangan terbang akibat penerbangan tergendala umpama mimpi ngeri.

Namun, dengan kewujudan beberapa lapangan terbang menakjubkan di seluruh dunia anda mungkin berdoa penerbangan anda tergendala supaya dapat menikmati pelbagai kemudahan menarik di situ.

Panggung wayang empat dimensi, kolam renang, padang golf hinggalah ke taman luncur air menjadikan pengalaman di lapangan terbang sesuatu yang sangat mengujakan.

Di sini disenaraikan 10 lapangan terbang yang menawarkan pelbagai tarikan menarik yang pasti menjadikan pengalaman di sana sesuatu yang tidak dapat dilupakan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.

Anda pasti tidak bosan berada di lapangan terbang ini yang dianggap mempunyai kemudahan hiburan terbaik di dunia.

Sekiranya terkandas, anda boleh menghabiskan masa dengan menonton wayang, melawat muzium, berjalan di taman, malah bermain ski.

Penumpang juga boleh menonton persembahan muzik dan tarian di pusat budaya di lapangan terbang ini.

Bagi yang terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama, bilik mandi percuma disediakan.

Firma Skytrax turut menamakan lapangan terbang ini sebagai lapangan terbang paling bersih di dunia berdasarkan penilaian pelancong.

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura

Anda mungkin berharap terkandas di lapangan terbang ini kerana ia mempunyai pelbagai kemudahan yang menyeronokkan.

Selain mempunyai panggung wayang, pengunjung boleh meng­habiskan masa dengan bermain permainan video Xbox 360 dan Playstation.

Tarikan utama lapangan terbang ini adalah gelongsor setinggi empat tingkat yang disediakan di dalamnya.

Bagi yang sukakan ketenangan, anda boleh berehat di sebuah taman di sini yang mempunyai lebih 500 jenis bunga menarik.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Ada yang menggelar tempat ini sebagai lapangan terbang dalam hutan kerana ia dikelilingi hutan yang mengandungi 86 spesies pokok.

Satu taman hutan hujan turut disediakan di dalam lapangan terbang ini menawarkan pemanda­ngan yang mendamaikan.

Kompleks Terminal Penumpang (PTC) dibina dengan menggunakan cermin bagi membo­lehkan kawasan itu diterangi cahaya matahari.

Penumpang yang perlu bermalam boleh berehat di dua buah hotel mewah yang hanya mengambil masa lima minit perjalanan.

Selain itu, ada juga ruang kedai yang luas bagi membolehkan penumpang membeli pel­bagai barangan menarik.

Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas, Amerika Syarikat

Las Vegas terkenal sebagai bandar perjudian dan mempunyai banyak kasino mewah.

Tiba sahaja di lapangan terbang ini penumpang disambut dengan 1,234 mesin slot.

Mereka yang tidak suka berjudi boleh bersiar-siar di sekitar lapangan terbang yang mempunyai ukiran dan lukisan mural menarik.

Lapangan Terbang Antarabangsa

Hong Kong

Anda tidak perlu lagi menghabiskan masa de­ngan membaca majalah kerana lapangan terbang ini menawarkan pelbagai tarikan kepada penumpang.

Antara tarikan adalah pengalaman menonton filem 4D di panggung wayang IMAX.

Selain bermain golf, penumpang boleh menikmati kemudahan di gimnasium dan bermain bola keranjang menggunakan simulasi komputer.

Lapangan Terbang Antarabangsa Munich, Jerman.

Sukar dipercayai lapangan terbang ini mempunyai satu taman tema air yang memberi peluang kepada pengunjung bersantai sambil meluncur ombak.

Kolam meluncur ombak di lapangan terbang ini dianggap terbesar di dunia.

Selepas selesai meluncur ombak pengunjung boleh berehat dan menikmati makanan di restoran terbuka di tengah taman.

Selain itu, lapangan terbang ini juga menjual pelbagai jenis bir yang popular di Jerman.

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai

Pengunjung yang gemar berbelanja besar pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membeli-belah di sini, apatah lagi barangan yang dijual semuanya bebas cukai.

Mereka yang mahukan suasana santai dan tenang boleh berehat di taman Zen atau berendam dalam kolam renang atau memanjakan diri di spa sebelum penerbangan.

Mereka yang mahu kekal cergas, boleh me­ngunjungi gimnasium yang disediakan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar

Kerajaan Qatar membelanjakan berbilion dolar untuk membina lapangan ini yang mempunyai kemudahan serta hiasan luar biasa bagi memukau setiap pengunjung yang tiba.

Hiasan melampau seperti kios kopi bersalut emas, replika kereta Formula Satu, hotel mewah dan patung beruang gergasi cukup menggambarkan kesungguhan Qatar menyambut tetamunya.

Bagi penggemar bara­ngan berjenama, anda boleh mengunjungi 80 kedai mewah yang menjual barangan berjenama seperti Armani, Chanel, Hermes dan Bvlgari.

Galeri seni mini turut disediakan untuk pengunjung melihat pelbagai hasil seni menarik yang dipamerkan.

Lapangan terbang yang dibuka pada tahun lalu ini mempunyai ruangan istirahat kelas perniagaan yang luas.

Lapangan Terbang Antarabangsa

Vancouver, Kanada

Walaupun berdepan saingan sengit, lapangan terbang yang menghadap laut ini tersenarai dalam 10 lapangan terbang terbaik di dunia.

Lapangan terbang ini menawarkan ruang istirahat premium yang leng­kap dengan pembantu dan khidmat cucian untuk penumpang berehat.

Kanak-kanak juga boleh meneroka empat kawasan permainan yang disediakan dan mencuba sampel makanan dari beberapa kedai makanan di balai pelepasan.

Sebuah akuarium gergasi yang menempatkan lebih 5,000 jenis hidupan laut pasti membuatkan anda terpegun.

Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di London, Britain

Lapangan terbang ini mempunyai 80 kedai menjual pelbagai jenama mewah sekali gus menjadi syurga membeli belah yang unggul.

Anda juga boleh membeli-belah di pasar raya Harrods seluas 1,021 meter persegi di lapangan terbang ini.

Semua kemudahan itu menyebabkan la­pa­ngan terbang ini diiktiraf ­sebagai yang terbaik untuk mem­­beli-belah oleh firma Skytrax yang membuat kajian dan penarafan untuk lapangan terbang di dunia.

Spa disediakandi terminal 1 dan 4, di mana penumpang boleh berehat sambil menunggu penerbangan seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Ogos 2015 @ 5:02 AM