BILIK jenis pangsapuri servis bagaikan membuatkan anda terasa berada di rumah.
BILIK jenis pangsapuri servis bagaikan membuatkan anda terasa berada di rumah.
PEMANDANGAN malam dari bilik yang cukup mengagumkan.
PEMANDANGAN malam dari bilik yang cukup mengagumkan.
PULLMAN Putrajaya Lakeside menawarkan penginapan yang unik.
PULLMAN Putrajaya Lakeside menawarkan penginapan yang unik.
Oleh Suliati Asri

Duduk bersantai di balkoni bilik melihat keindahan matahari terbenam nyata sesuatu yang cukup mengujakan. Suasana indah dengan panorama mempesona ditambah dengan kelibat sekumpulan burung yang terbang pulang ke sarang memberikan kedamaian tidak ternilai.

Menginap di bilik yang mengetengahkan empat konsep dipaparkan di setiap blok iaitu Bunga Tanjung, Reflesia, Jasmine dan Lotus memberikan keunikan tersendiri.

Dengan jumlah keseluruhan bilik iaitu 281 bilik, suite dan pangsapuri servis, anda pastinya akan terpegun melihat seni bina dan reka bentuk setiap blok yang ada.

Di blok Bunga Tanjung misalnya, seni bina dan reka bentuk menampilkan ukiran kayu yang sangat dekat dengan tradisional Melayu bagaikan cukup mendamaikan.

Mahu merasai sendiri keunikan rumah warisan tradisional Orang Ulu di Borneo, blok Rafflesia adalah pilihan yang tepat.

Menginap di blok Refflesia dengan pemandangan Tasik Putrajaya ini memberikan persekitaran yang membawa anda berada di Borneo atau Sabah dan Sarawak.

Dua lagi blok iaitu Lotus dan Jasmine tidak kurang hebatnya. Lotus memberikan pengunjung peluang merasai suasana yang menyenangkan di dalam bilik dengan seni bina unik seolah-olah zaman Beijing purba.

Jasmine pula bagaikan membawa anda ke zaman kegemilangan maharaja dengan menggunakan warna mirip istana lama di India.

Menariknya, semua bilik yang cukup mengagumkan ini dilengkapi pelbagai kemudahan berteknologi tinggi termasuk akses Internet berkelajuan tinggi, televisyen LCD, sistem hiburan interaktif, televisyen satelit dan saluran filem in-house.

Ia juga menyediakan peti keselamatan, perabot ergonomik, bar mini, kemudahan membuat kopi dan teh, meja kerja yang luas serta perkhidmatan pesanan 24 jam makanan di dalam bilik.

Untuk menjamu selera, pengunjung boleh memilih lima restoran di hotel itu yang menyediakan pelbagai makanan bertaraf antarabangsa.

B's dengan gaya moden menyediakan hidangan masakan Asia dan Barat secara bufet dan ala carte. Konsep terbuka di mana pengunjung dapat melihat cara dan rahsia chef menyediakan hidangan.

Restoran Signature Pullman Putrajaya Lakeside, The Village pula menampilkan seni bina tempatan dengan bumbung rumbia tradisional menawarkan makanan laut segar.

Restoran unik dengan masakan Asia dan Mediterranean itu juga menawarkan suasana yang santai dan menyeronokkan di tasik.

Pengunjung boleh berehat sambil menikmati pelbagai koktel dan moktel di China Bar & Lounge atau merehatkan minda sambil menikmati snek dan minuman menyegarkan di tepi kolam di Bar on Third.

Sukakan pastri, coklat, minuman dan roti yang lazat? The Deli @ Pullman banyak pilihan.

Anda juga boleh menikmati urutan sambil diiringi alunan muzik syahdu. Hotel itu menyediakan 10 bilik rawatan dan sembilan bilik konsep spa dengan pakej menarik.

Bagi menceriakan hari si kecil, The Kid's Club dilengkapi dengan pelbagai kemudahan menyeronokkan.

Kemudahan rekreasi lain ditawarkan ialah pusat kecergasan, kolam renang, pusat karaoke serta bilik permainan.

Anda juga boleh melakukan pelbagai sukan air atau berlayar di Tasik Putrajaya.

Jika mahu membeli-belah, pihak hotel menyediakan perkhidmatan ulang-alik ke Alamanda, selain stesen ERL Putrajaya dan ibu kota.

Untuk mengadakan mesyuarat atau seminar, Pullman Putrajaya Lakeside adalah lokasi terbaik. Pullman mempunyai 21 bilik mesyuarat termasuk satu ballroom boleh memuatkan lebih kurang 350 orang pada satu masa.

Jika mencari tempat untuk majlis perkahwinan, hotel itu mempunyai kawasan yang luas dan cukup selesa.

Ia pasti menjadikan majlis perkahwinan anda sesuatu yang penuh bermakna dan kenangan indah seumur hidup.

Terletak bersebelahan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Pusat Maritim Putrajaya,anda hanya memerlukan kira-kira 20 minit memandu dari Kuala Lumpur dan 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk sampai ke hotel ini.

Ingin merasai sendiri keunikan dan keselesaan yang ditawarkan saat menginap di Pullman Putrajaya Lakeside, layari www.pullmanputrajaya.com.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:00 AM