Seingat SS bukan sekali dua cerita mengenai perangai keji si pelakon lelaki ini yang gemar ‘lanyak’ kaum sejenis diperkatakan rakan-rakan dalam industri hiburan.

Pernah beberapa kali rakan-rakan sampaikan kepada SS pelakon ini rupa-rupanya meminati kaum sejenis yang berperwatakan dan berpenampilan wanita.

Terkejut tak dengar? Memang mengejutkan sebab menurut sumber, rakan seorang jurusolek yang SS kenali mengakui pernah memadu asmara terlarang dengan pelakon lelaki kacak itu beberapa kali.

Baru-baru ini, seorang lagi rakan SS buka cerita mengenai pelakon itu.

Menurut cerita, pelakon yang bergelar suami orang ini cuba membuat ‘sesuatu’ terhadap seorang lagi pelakon lelaki kacak di sebuah hotel ketika mereka menjalani penggambaran di luar negara.

Difahamkan, ketika insiden keji itu berlaku, pelakon lelaki terbabit sedang tidur di atas katil.

Nak dijadikan cerita, alangkah terperanjat si pelakon itu apabila kelibat artis yang nampak jantan perkasa di luaran itu betul-betul terpacak di depan mukanya dengan gaya mencurigakan.

Apa lagi, kelam-kabutlah jadinya pelakon itu apabila tengok si pelakon kacak itu tiba-tiba terjaga dari tidurnya.

Kata rakan SS, sampaikan merayu-rayulah pelakon itu dibuatnya supaya perbuatan tak berakalnya itu tidak dihebohkan.

Tapi, silap besarlah, takkan pelakon kacak itu berdiam diri saja. Sekali pun kisah itu tak tersebar luas, paling tidak pun dia tentu sudah mengadu kepada orang yang rapat mengenai perangai ‘busuk’ pelakon lelaki terbabit.

SS yang mendengar cerita itu hanya mampu terkejut. SS sangkakan selepas pelakon lelaki itu berkahwin, dia sudah tutup buku.

Namun, ternyata SS silap. Selepas ini, artis lelaki mana pula dia nak ‘cuba’.

Moga-moga pelakon lelaki itu bertaubat. Ingat-ingatlah sikit amanah sebagai suami.

SS: Ngeri apabila dipeluk kawan lelaki bertubuh sasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2015 @ 10:09 AM