Jodie (bertopi) diapit pramugari AirAsia selepas diumumkan sebagai penumpang ke 300 juta AirAsia. FOTO Ekhwan Haque Fazlul Haque
Jodie (bertopi) diapit pramugari AirAsia selepas diumumkan sebagai penumpang ke 300 juta AirAsia. FOTO Ekhwan Haque Fazlul Haque
Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque


Jakarta: AirAsia Berhad (AirAsia) meraikan penumpang ke 300 juta syarikat itu dalam satu majlis khas, di sini, hari ini.

Pengarah Seni, Jodie Lazuardie, 30, adalah penumpang bertuah yang menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Jakarta.

Pemilihannya juga membolehkan beliau menikmati ganjaran tiga juta mata BIG selain menerima layanan istimewa daripada AirAsia sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernades berkata, majlis berkenaan adalah tanda syarikat penerbangan tambang murah itu menghargai penumpangnya.

"AirAsia berbesar hati kerana berada di tahap ini dan ia adalah hasil usaha serta kesungguhan semua pihak," katanya dalam majlis AirAsia Rai Pencapaian 300 juta tetamu, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Ogos 2015 @ 3:00 PM