PENUMPANG mula menggunakan KKIA.
PENUMPANG mula menggunakan KKIA.
Oleh Erdiehazzuan Ab Wahid


Kota Kinabalu: Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), menjangkakan bilangan penumpang di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), bertambah mendadak berikutan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) mula beroperasi di situ selepas Terminal Dua ditutup, semalam.

Ketua Pegawai Operasi MAHB Datuk Abd Hamid Mohd Ali berkata, operasi hari pertama berjalan lancar dan mengikut jadual ditetapkan syarikat penerbangan masing-masing.

“Secara amnya, saya berpuas hati dengan reaksi penumpang yang menyuarakan perasaan selesa dan berpuas hati dengan kemudahan disediakan di KKIA.

“Kebanyakan penumpang memberitahu mereka mempunyai ‘tempat rehat’ yang baik sementara menunggu waktu penerbangan berbanding di Terminal Dua,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Abd Hamid berkata, kapasiti penumpang menggunakan Terminal Satu dijangka bertambah kepada 6.8 juta orang setahun, berbanding hanya 3.2 juta sebelum ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 6:21 AM