GWEN dan Rossdale pada 2013.
GWEN dan Rossdale pada 2013.

Los Angeles: Penyanyi Gwen Stefani memfailkan cerai terhadap suaminya, bintang rock Gavin Rossdale selepas berkahwin selama 13 tahun.

Dalam petisyen difailkan, Gwen, 45, berkata, dia mahu diceraikan atas sebab perselisihan faham yang tidak dapat diselesaikan.

Dia juga menuntut hak penjagaan bersama terhadap tiga anak mereka, Kingston, sembilan, Zuma, enam dan Apollo, setahun, lapor portal berita selebriti TMZ dan People.com.

Rossdale, 49, turut memfailkan tuntutan hak penjagaan anak.

Pasangan itu berkenalan ketika kumpulan Gwen, No Doubt, mengadakan konsert bersama kumpulan rock Bush yang dianggotai Rossdale pada 1995.

Mereka berpacaran selama enam tahun sebelum berkahwin pada 2002.

Dalam satu kenyataan bersama, pasangan itu berkata: “Walaupun kami bersetuju perpisahan jalan terbaik, kami tetap akan membesarkan anak secara bersama, dalam persekitaran yang sihat dan menggembirakan.” - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 11:21 AM