Dicintai dan mencintai. Dalam aspek berkasih sayang, itu angan-angan bagi semua orang. Mereka yang berkasih mengharapkan balasan sayang. Mereka yang mencintai, mahukan diri dicintai lebih-lebih lagi apabila si idaman hati menjadi pujangga cinta. Namun, apa yang berlaku jika kita berada dalam situasi bertepuk sebelah tangan?

Khalid pernah kehilangan isteri akibat kemalangan maut. Sejak itu, dia tidak lagi berperasaan cinta pada mana-mana wanita. Bagi Khalid, cinta itu berkubur bersama arwah isterinya. Namun, dia seorang anak yang taat pada ibu. Akhirnya, dia bersetuju bernikah dengan Amni, seorang guru yang dalam dan luarnya, amat menarik perhatian si pemandang.

Bagi Amni pula, Khalid lelaki pertama yang dia cinta tapi siapalah dia untuk memaksa. Walaupun itu suaminya, dirinya tidak dicintai. Angan-angannya tidaklah besar mana, sekadar mahu menjadi seorang isteri yang setia dan mahukan diri dan cintanya dihargai sang suami.

INFO:

Judul: Dreamcatcher

Penulis: Maya Adira

Penerbit: Gedebook

Harga: RM27 (Semenanjung), RM30 (Sabah/Sarawak)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2015 @ 5:00 AM