Raja Zarith Sofiah menyampaikan replika cek kepada Carlos sambil diperhatikan Kamaruzzaman (dua dari kiri). FOTO Zain Ahmed
Raja Zarith Sofiah menyampaikan replika cek kepada Carlos sambil diperhatikan Kamaruzzaman (dua dari kiri). FOTO Zain Ahmed
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: KFC Malaysia berjaya mengumpul dana berjumlah RM4 juta sebagai inisiatif membantu isu kelaparan menerusi 'World Hunger Relief' (WHR) yang kini dikenali Add Hope.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) yang juga merangkap Pengerusi QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, dana itu hasil inisiatif tahunan syarikat.

"Add Hope adalah satu komitmen jangka panjang dan menuntut kerjasama setiap pihak untuk sama-sama melakukan perubahan.

"Sebahagian besar kutipan daripada dana Add Hope akan disalurkan ke seluruh Malaysia menerusi usaha sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan," katanya dalam ucapannya di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor di sini, hari ini.

Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah mencemar duli hadir pada majlis itu dan menyerahkan dana kutipan Add Hope kepada Ketua Depot Respon Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Carlos Melendez.

Turut hadir, isteri Tunku Mahkota Johor, Che' Puan Khaleeda Bustamam dan Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.

Kutipan itu diperoleh menerusi promosi istimewa 'Add Hope Meal' dengan caj 50 sen disalurkan ke tabung Add Hope yang diletakkan di setiap restoran KFC.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 6:28 PM