BAS ekspres terbalik ke gaung lima meter. FOTO Amrullah Abdul Karim
BAS ekspres terbalik ke gaung lima meter. FOTO Amrullah Abdul Karim
BAS ekspres terbalik ke gaung lima meter. FOTO Amrullah Abdul Karim
BAS ekspres terbalik ke gaung lima meter. FOTO Amrullah Abdul Karim
Oleh Fardy Bungga dan Amrullah Abdul Karim

Kuala Lumpur: "Saya hanya menyedari bas terjunam ke dalam gaung sebaik terdengar jeritan seorang wanita dari luar Bas," kata Muhammad Saqib Shafiullah, 20, seorang daripada mangsa kemalangan bas ekspres di Kilometer 436 Lebuhraya PLUS dekat Jambatan Sungai Buaya di sini jam 6.40 pagi tadi.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang tidur dan langsung tidak menyedari kepalanya sudah berdarah akibat daripada insiden berkenaan.

Dia yang berasal dari Kipike, Pakistan berkata, sebaik tersedar, dia terus memanjat naik ke tingkap yang pecah untuk keluar daripada bas berkenaan.

"Beberapa pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan berhenti untuk membantu dan menghubungi ambulans untuk membawa kami ke hospital," katanya.

Mangsa mengalami kecederaan luka di kepala, pipi, leher dan muka selepas terpelanting dari tempat duduknya di dalam bas berkenaan.

Bas yang dipercayai membawa tujuh penumpang itu dilaporkan terbabas dan merempuh besi penghadang jambatan sebelum terjunam dan terbalik ke gaung sedalam lima meter.

Pegawai Operasi Bomba Op Selamat Raya Haizad Morah Abas berkata, bomba menerima panggilan pada 6.44 pagi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.

"Sampai di lokasi terdapat seorang lelaki dipercayai pemandu kedua bas ekspres berkenaan sudah ada di luar bas dan memaklumkan terdapat seorang penumpang tersepit.

"Seorang wanita berusia 66 tahun terperangkap dan berjaya dibawa keluar sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2015 @ 11:34 AM