Anggota penyelamat meneruskan gerakan mencari di sekitar bangkai bas yang musnah. - Foto thehimalayan.com
Anggota penyelamat meneruskan gerakan mencari di sekitar bangkai bas yang musnah. - Foto thehimalayan.com

Kathmandu: Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dan 35 lagi cedera selepas sebuah bas yang sarat dengan penumpang terbabas menjunam ke dalam gaung di tengah Nepal hari ini.

Bas berkenaan terjunam sedalam kira-kira 200 meter di jalan raya pergunungan di daerah Rasuwa.

Pegawai daerah itu, Shiva Ram Gelal, berkata seramai 30 orang disahkan terbunuh termasuk seorang bayi.

“Seramai 35 mangsa yang cedera dihantar ke hospital berdekatan dan gerakan mencari masih diteruskan,” katanya.

Menurutnya, punca kemalangan belum dapat dipastikan namun menurut penumpang bas berkenaan membawa penumpang berlebihan termasuk ada yang duduk di atas bumbung. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 November 2015 @ 8:05 PM