ORANG ramai melihat bas henti-henti yang terjunam ke dalam Sungai Muda.
ORANG ramai melihat bas henti-henti yang terjunam ke dalam Sungai Muda.
Oleh Norul Awatif Romli dan Omar Osman

Sungai Petani: Seorang pemandu bersama dua penumpang sebuah bas henti-henti nyaris maut apabila kenderaan dinaiki terbabas lalu terjunam pada ketinggian 12 meter dari Jambatan Datuk Syed Omar ke dalam Sungai Muda, berhampiran Kampung Pantai Cicar di Jalan Kuala Ketil, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang, bas berkenaan yang dipandu Azman Abd Hamid, 50, membawa seorang penumpang tempatan dan warga Bangladesh berusia 30-an dalam perjalanan dari arah Baling ke Sungai Petani.

Bagaimanapun, sebaik tiba di selekoh menghampiri jambatan berkenaan, bas itu dikatakan hilang kawalan dipercayai akibat tayar pancit lalu merempuh besi penghadang jambatan di sebelah kiri dan terjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira empat meter.

Saksi kejadian, Rosli Abdul Rahman, 46, berkata, dia berada berhampiran sungai sebelum terdengar bunyi dentuman kuat dan percikan air dari arah sungai lalu segera ke lokasi kejadian.

“Saya terkejut apabila mendapati bunyi kuat itu disebabkan sebuah bas yang terjatuh ke dalam sungai lalu saya berlari mendapatkan tiub tayar untuk dijadikan pelampung di sebuah kedai lalu berlari semula ke arah tebing sungai untuk memeriksa sekiranya terdapat mangsa di dalam bas berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 November 2014 @ 5:20 AM