KEADAAN Proton Saga BLM yang merempuh rumah petang semalam.
KEADAAN Proton Saga BLM yang merempuh rumah petang semalam.
Oleh Mohd Hilmie Hussin


Melaka: Seorang wanita nyaris maut selepas Proton Saga BLM dipandunya terbabit kemalangan sebelum terbabas dan merempuh sebuah rumah di Jalan Tambi Abdullah, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.25 petang, kereta dipandu Masyita Zakariyah, 28, dipercayai dirempuh Perodua Kelisa dipandu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dari arah belakang menyebabkannya hilang kawalan.

Proton Saga itu kemudian terbabas lalu merempuh pagar dan pintu utama sebuah rumah teres di situ.

Masyita bagaimanapun hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Melaka manakala remaja lelaki itu hanya mengalami sakit lutut dipercayai akibat hentakan pada papan pemuka.

Ketika kejadian, semua penghuni rumah berkenaan dikatakan keluar kerana mempunyai urusan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 November 2014 @ 11:31 AM