Junita Mat Rasid dan Izlaily Nurul Ain Hussein


KEMESRAAN antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terserlah apabila baginda sendiri berkenan memandu Proton Saga pertama negara untuk menghantar Dr Mahathir sejauh 22 kilometer ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dekat Johor Bahru.

Proton Saga dengan nombor pendaftaran Proton 1 itu adalah pemberian kepada ayahanda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang ketika itu adalah Yang di-Pertuan Agong.

Proton Saga adalah kereta pertama keluaran syarikat automobil negara Proton ketika Dr Mahathir pertama kali menjadi Perdana Menteri pada tahun 80-an.

Sementara itu dalam sidang media kemudian, Dr Mahathir turut melahirkan rasa kagum dengan Proton Saga itu yang masih dalam keadaan baik walaupun sudah berusia 32 tahun.

“Kereta yang berusia 33 tahun yang amat baik yang diberikan oleh saya kepada ayahanda baginda di Kuala Lumpur dulu.

“Kereta manual ini masih elok dan mungkin dipandu dengan baik, tidak pernah rosak.

Jadi saya ini bukti yang baik keupayaan Proton Saga. Sudah berusia 34 tahun tapi masih berfungsi.

“Kereta ini dah berjalan 22,000 (kilometer) dan harga dia dulu RM17,000, itu sebab kita bagi kepada Yang di-Pertuan Agong dulu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 January 2019 @ 7:01 PM