Kemalangan tiga kenderaan mengorbankan seorang lelaki. FOTO ihsan bomba
Kemalangan tiga kenderaan mengorbankan seorang lelaki. FOTO ihsan bomba
Oleh Azma Razana Johari


Juru: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandu terbabit dalam nahas tiga kenderaan di Kilometer 148.2 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Juru, di sini, pagi tadi.

Kejadian pada jam 10 pagi itu mengorbankan Mohd Redzuan Ab Rahim, 33, yang memandu Perodua Viva.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.12 pagi sebelum ke lokasi.

Katanya, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang meninggal dunia di dalam kereta dipandunya sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Pemandu kereta Toyota Camry dan pemandu lori yang turut terbabit kemalangan tidak cedera.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 3:35 PM