Oleh Fardy Bungga


Kuala Lumpur: "Jangan menang sorak, tapi negara tergadai," kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon kepada individu yang sengaja mencetuskan huru-hara di Plaza Low Yat, malam tadi.

Menurutnya, disebabkan tindakan segelintir kumpulan yang tidak bertanggungjawab, ramai peniaga terutamanya di plaza ini mengalami kerugian teruk.

"Kita harus utamakan Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan kekalkan nilai perpaduan setiap lapisan masyarakat.

"Tindakan segelintir kumpulan ini tidak sepatutnya berlaku. Kita minta pihak Polis ambil tindakan tegas terhadap individu yang bertanggungjawab," katanya ketika ditemui di Plaza LowYat, hari ini.

Menurutnya, orang ramai diminta supaya bertenang dan menyerahkan perkara ini kepada Polis untuk menjalankan siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2015 @ 4:20 PM