Nebraska (Amerika Syarikat): Seorang wanita dan dua anaknya terkejut selepas dikencingkan seekor harimau ketika mengunjugi sebuah sebuah zoo di sini.

Rakaman video menunjukkan harimau itu berjalan mundar-mandir di dalam kandangnya dan ada kalanya menderam melihat pengunjung.

Namun, tiga beranak itu menjadi mangsa apabila harimau berkenaan tiba-tiba berpaling dan kencing ke arah mereka.

Orang ramai terkejut dengan kejadian itu dan wanita terbabit cepat-cepat menarik anaknya menjauhi kandang berkenaan, tetapi sudah terlambat.

Suaminya memuat naik video itu di Internet bersertakan keterangan kejadian.

“Isteri bersama anak lelaki berusia 10 bulan dan anak perempuan berusia empat tahun mengunjungi Zoo Henry Doorly di Omaha.

“Selalunya harimau dan singa tidur ketika kami datang.

“Namun, harimau Siberia bernama Nika aktif pula kali ini menyebabkan isteri saya merakam aksinya.

“Tanpa diduga, Nika kencing pada isteri dan anak saya.

“Jelas mereka silap memilih tempat dan masa,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 9:09 AM