FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Agensi

Omaha: Seorang kanak-kanak lelaki di Nebraska, Amerika Syarikat (AS) maut selepas dijangkiti ameba, parasit pemakan otak yang biasanya ditemui di tasik dan sungai.

Mangsa yang nama dan usianya tidak didedahkan itu menjadi individu pertama di Nebraska yang maut akibat parasit itu, menurut pegawai kesihatan.

Pegawai kesihatan percaya, kanak-kanak itu terdedah dengan Naegelria ketika berenang pada 8 Ogos lalu di Sungai Elkhorn di Douglas Country.

Simptom bermula lima hari selepas aktiviti itu, dan dalam tempoh 48 jam kanak-kanak itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mangsa kemudian maut beberapa kemudian ekoran jangkitan yang dialaminya, kata Dr Kari Neemann, penasihat kesihatan dan penyakit berjangkit, Douglas Country.

Pegawai kesihatan memaklumkan, kanak-kanak itu terdedah kepada Naegleri fowleri itu ketika berenang dan parasit itu masuk ke dalam tubuh menerusi hidung.

Parasit itu boleh merebak dan merosakkan tisu otak.

Pegawai kesihatan persekutuan kini sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan kematian berpunca daripada jangkitan Naegleria fowleri, menurut Jabatan Kesihatan Douglas County.

"Kami boleh rasakan kesedihan yang sedang dialami keluarga mangsa," kata Pengarah Kesihatan Douglas Country, Lindsay Huse dalam kenyataan.

Katanya, kejadian yang menimpa kanak-kanak itu wajar dijadikan pengajaran dan langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang.

Bulan lalu, perenang dari Missouri yang dipercayai dijangkiti ameba ketika berenang di meninggal dunia akibat jangkitan.

Mangsa dijangkiti pada 7 Julai lalu selepas berenang di tasik Lakes of Three Fires di Taylor Country.

TAMAT.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Ogos 2022 @ 12:43 PM