CHEF Zaidah bersama Ketuhar Europa Ovenmate.
CHEF Zaidah bersama Ketuhar Europa Ovenmate.
Oleh Siti Zarinah Sahib

Berpengalaman selama 30 tahun dalam dunia kulinari, nama Chef Zaidah Mohd Nor tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dia mempunyai aura tersendiri dalam bidang masakan.

Kemunculannya sering dinanti-nantikan di kaca televisyen terutama program membabitkan masakan kuih-muih. Selain memasak wanita peramah ini juga mengendalikan kelas masakan sendiri.

Mempunyai pelbagai panduan berguna yang sering diamalkan setiap kali menghasilkan resipi baru, ramai tidak tahu Chef Zaidah adalah pengguna ketuhar Europa Ovenmate sejak 20 tahun lalu. Mengibaratkan sebagai seorang chef yang setia menurut Zaidah dia memilih ketuhar itu kerana berkualiti berbanding jenama lain.

Selepas menggunakannya beberapa tahun, Zaidah mendapati ia tahan lasak dan praktikal dalam penghasilan kuih dan kek yang lazat.

Malah, dia selalu mencadangkan ketuhar jenama itu kepada pelajar dan rakan kerana ia mudah untuk dikendalikan serta memberikan kepuasan yang memuaskan. Dengan pintu kaca yang besar, mudah untuk melihat perkembangan kuih atau kek yang dimasak.

“Ketuhar ini adalah ketuhar paling bagus dan memenuhi keperluan cita rasa saya. Buat masa ini, saya memiliki enam ketuhar jenama ini yang sering digunakan ketika kelas masakan,” katanya.

Kek kegemaran Zaidah adalah Kek Lapis Sarawak dimasak menggunakan kaedah pemanggang berkipas yang terdapat dalam ketuhar ini. Ciri ketuhar ini membolehkan anda untuk memilih lima fungsi memasak iaitu pembakaran tradisional, pembakaran berkipas, putaran pemanasan, pemanggang Jetcook dan sistem nyah beku.

Sistem Jetcook menolong memutarkan udara di dalam ketuhar, menghasilkan kepanasan yang sekata. Satu daripada kelebihan ketika membakar, anda boleh mengawal api pembakar atas dan bawah bagi mendapatkan kepanasan yang dikehendaki.

“Amat mudah untuk menyah beku makanan dengan ketuhar ini,” kata Chef Zaidah.

Sebagai tukang masak Chef Zaidah berasakan dengan adanya ketuhar yang bersesuaian, aktiviti memasak menjadi lebih mudah, menjimatkan dan makanan dapat disediakan secara lebih sihat dan berkhasiat. Mengakui lebih selesa memasak sendiri di rumah, bagi Zaidah memasak lebih menjimatkan.

“Saya lebih suka memasak di rumah. Ini kerana dengan memasak dapat mengurangkan perbelanjaan harian berbanding makan di gerai makanan atau restoran makanan segera,” katanya.

Bagi yang ingin mengikuti kelas memasak Chef Zaidah yang diadakan di Djeumpa Restoran Oak Leaf Kelab. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.europa.com.my .

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Julai 2015 @ 12:05 PM