PASUKAN negara bangkit benam Perancis.
PASUKAN negara bangkit benam Perancis.

Antwerp: Keyakinan Tai Beng Hai semakin menebal selepas Malaysia menewaskan Perancis untuk bertemu Ireland dalam saingan klasifikasi tempat ke-5/6, sekali gus kembali menghidupkan sisa-sisa peluang untuk layak ke Olimpik Rio.

Jurulatih skuad negara itu menyatakan keyakinan itu selepas menewaskan Perancis 4-1 untuk sekali lagi menentang Ireland yang ditewaskan 4-2 dalam aksi peringkat kumpulan.

“Kita pernah kalahkan mereka sekali, tiada masalah untuk mengulanginya,” katanya selepas perlawanan di Stadium KHC Dragons, semalam.

Jika menewaskan Ireland nanti, peluang Malaysia untuk menduduki tempat kelima sebagai pasukan simpanan ke Brazil, tahun depan, dilihat agak cerah.

Beng Hai berkata, anak buahnya bermain baik sepanjang perlawanan menentang Perncis itu tanpa ada tanda-tanda akan mengendurkan serangan biarpun selepas mendahului untuk memastikan mereka keluar sebagai pemenang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2015 @ 5:54 AM