Antwerp: Pertembungan Malaysia dan Ireland pada saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia hari ini boleh diibaratkan seperti pertarungan bakat melawan fizikal.

Perunding skuad negara Neil Hawgood menganggap tidak banyak membezakan kedua-dua pasukan apabila turun beraksi di Stadium KHC Dragons, Brasschaart, kecuali masing-masing mempunyai kelebihan bakat dan fizikal.

Seperti diketahui, katanya, skuad negara dibarisi pemain penuh berbakat manakala Ireland mengamalkan corak permainan gaya Eropah yang lebih menumpukan perhatian terhadap gaya permainan fizikal.

“Peluang kedua-dua pasukan menang 50-50. Segala-galanya bergantung pada hari perlawanan. Bakat atau fizikal, mana satu lebih menyerlah. Jika bakat yang lebih menonjol, bermakna Malaysia akan menang, begitu juga sebaliknya,” katanya.

Bagaimanapun Hawgood meramalkan perlawanan itu nanti sengit dengan pasukan yang menang mempunyai kelebihan satu gol.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 7:15 AM