SKUAD B-23 mendengar taklimat jurulatih.
SKUAD B-23 mendengar taklimat jurulatih.

Gwangju, Korea Selatan: Mohd Farhan Abu Bakar sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik sebagai benteng terakhir negara apabila menentang Brazil dalam aksi pembukaan Kumpulan C di Sukan Universiti Dunia (Universiade) petang ini.

Penjaga gol Sukan SEA negara itu mengingatkan rakan sepasukan agar melaksanakan tugas seperti diarahkan jurulatih Datuk Ong Kim Swee bagi meraih keputusan positif dalam aksi yang berlangsung di Stadium Awam Gochang.

“Harap semua pemain dapat memberikan fokus kepada tugas masing-masing dengan memberikan 100 peratus terutamanya dalam aspek taktikal,” katanya.

Penolong kapten skuad negara berkenaan berkata, barisan pertahanan dan tengah agar lebih berwaspada bagi mengekang lawan.

Menurutnya, pemain Brazil pastinya mempunyai corak permainan yang laju selain ketepatan dalam melakukan hantaran.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 7:13 AM