THAMIL Arasu (jersi 9) dan Wan ahmad Amirzafran (kiri) mengawal bola dengan pemain Brazil Perlawanan Kumpulan C Sukan Universiti Dunia (Universiade) Gwangju Korea Selatan 2015 Stadium Awam Gochang . FOTO Hasriyasyah Sabudin
THAMIL Arasu (jersi 9) dan Wan ahmad Amirzafran (kiri) mengawal bola dengan pemain Brazil Perlawanan Kumpulan C Sukan Universiti Dunia (Universiade) Gwangju Korea Selatan 2015 Stadium Awam Gochang . FOTO Hasriyasyah Sabudin
Oleh Azlan Muhammad Zain di Korea Selatan


Gwangju, Korea Selatan: Skuad bola sepak gagal bermula dengan rentak kemenangan apabila tewas 1-2 kepada Brazil dalam saingan Kumpulan C di Sukan Universiti Dunia (Universiade) yang berlangsung di Gwangju, Korea Selatan.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee melepaskan dua gol pada babak pertama pada perlawanan di Stadium Awam Gochang dengan lawan membuka jaringan menerusi sepakan percuma Ricardo Augusto Lustosa pada minit ke-23 untuk menewaskan Mohd Farhan Abu Bakar.

Brazil menggandakan kedudukan menerusi sepakan penalti Thaciano Mickael Da Silva pada minit ke-34.

Malaysia turut mendapat beberapa peluang pada awal perlawanan menerusi A Thamil Arasu namun cubaannya tidak menepati sasaran.

Bagaimanapun jaringan yang ditunggu skuad negara akhirnya muncul apabila pengadil Drew Thomas Fischer menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-76 dengan sepakan disempurnakan Syahrul Azwari Ibrahim.

Namun usaha pemain negara memburu jaringan penyamaan tidak berhasil apabila kedudukan kekal 1-2 sehingga wisel penamat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Julai 2015 @ 5:29 PM