BEREGU  lelaki negara, Jadish Singh (depan) dan Vountus Indra Mawan beraksi dalam saingan peringkat awal kumpulan F.
BEREGU lelaki negara, Jadish Singh (depan) dan Vountus Indra Mawan beraksi dalam saingan peringkat awal kumpulan F.

Gwangju, Korea Selatan: Kegagalan pasukan memanah compound negara menjadikan badminton sebagai sukan tumpuan bagi merealisasikan emas pertama Malaysia di Sukan Universiti Dunia (Universiade) kali ini.

Trio wanita compound negara kandas di separuh akhir kelmarin dan kini tugas dipikul Zulfadli Zulkiffli dan rakan-rakannya bermula dalam acara berpasukan campuran semalam.

“Badminton memang salah satu yang disasarkan untuk meraih emas. Saya tidak terlalu memikirkannya kerana akan memberikan tekanan.

“Kami sudah berbincang antara pemain, adalah lebih baik memberikan fokus kepada setiap perlawanan terlebih dulu dan memberikan persembahan terbaik. Jangan fikirkan emas dulu,” kata Zulkifli selepas pasukan negara mudah menewaskan Finland 5-0 dalam aksi Kumpulan F semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 6:55 AM