ANGGOTA bomba membawa naik mayat yang tersangkut di tebing sungai. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membawa naik mayat yang tersangkut di tebing sungai. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohd Fadly Samsudin

Petaling Jaya: Mayat lelaki ditemui tersangkut di tebing sungai berhampiran Jalan Persiaran Surian, Kota Damansara, 3.30 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, mangsa dikenali sebagai George Lee Vui Hon, 43, berdasarkan lesen memandu yang ditemui bersama mangsa.

"Mangsa dipercayai dibawa arus sebelum tersangkut di celah tebing sungai ini.

"Mayat berjaya dibawa naik ke tebing oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh," katanya.

Menurutnya, berdasarkan identiti yang ditemui, mangsa berasal dari Penampang, Sabah.

"Mayat kemudiannya dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Jun 2015 @ 12:51 AM