Mangsa lemas di Kampung Gintong. FOTO ihsan bomba
Mangsa lemas di Kampung Gintong. FOTO ihsan bomba
Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman


Jerantut: Mayat lelaki dipercayai lemas selepas terjatuh dari bot berhampiran pam air Kampung Gintong, di sini, Ahad lalu ditemui jam 9 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jerantut, Fariz Ab Rahim berkata, mayat Lebary@Zaheri Basir, 60, ditemui kira-kira tiga kilometer dari lokasi Pos Kawalan Bomba (PKB) di rumah pam air Kampung Gintong.

"Mayat mangsa ditemui anggota bomba dalam keadaan tersangkut di dahan pokok berhampiran tebing sungai dekat Kampung Tebing Tinggi, di sini.

"Mayat mangsa sudah diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Jerantut untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, keluarga mangsa sudah dihubungi bagi memaklumkan penemuan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2016 @ 11:35 AM