TRESCO
TRESCO
SAMARINDA
SAMARINDA
RENEE
RENEE
Oleh Faizal Zain

Salam deko penuh keceriaan. Kini seluruh umat Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut kedatangan bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Berpuasa sebulan kemudiannya tibalah hari kemenangan yang diraikan bersama. Masa berlalu amat pantas sekali jadi ramai di antara kita sudah pun mula berpusu-pusu membeli-belah pakaian raya dengan alasan tidak mahu keletihan berbuat demikian di bulan puasa dan tidak kurang juga yang takut kehabisan saiz masing-masing. Itu jika dilihat dari sudut keperluan pakaian. Namun jika dilihat dari sudut keperluan hiasan rumah inilah juga masa terbaik bagi anda mula untuk membuat penilaian, pilihan dan mencari-cari idea yang sesuai bagi memberi kelainan pada ruang kediaman saat menyambut hari raya nanti.

Membeli keperluan perabot rumah tidak semudah membeli pakaian yang mana boleh dicuba, selesa dan terus dibeli. Membeli keperluan perabot perlu dinilai dari segi kesesuaian, konsep, warna, ruang yang dimiliki, jenis perabot, bilangan isi rumah dan sebagainya lagi. Tahun ini dijangka koleksi warna hijau campuran biru atau lebih dikenali sebagai ‘hijau terqoise’ bakal menjadi pilihan. Jika anda juga bakal menggunakan warna tersebut and boleh mendapatkan sofa dengan warna serupa ataupun sebaliknya hanya meletakkan beberapa bantal kecil berwarna ‘terqoise’ bagi menaikkan mood yang sama. Jika anda turut menggunakan warna tema ini, maka seeloknya satu bahagian dinding utama dilekatkan dengan kertas dinding dengan rona ‘terqoise’ yang lebih gelap. Dari segi corak kertas dinding pula ianya terpulang kepada anda samada dari corak bermotif, geometrik mahupun polos. Jika dinding utama sudah dilekatkan dengan kertas dinding dan Nampak lebih dominan maka dinding selebihnya anda hanya perlu mewarnakannya dengan cat yang lebih terang dari koleksi hijau pastel. Jika anda mahu lebih penjimatan maka warna kelabu terang mahupun putih sudah memadai bagi ruang dinding yang selebihnya.

Ruang tamu memerlukan sentuhan dekorasi yang tepat termasuk kesesuaian warna, tema dan susun atur perabot. Beberapa perabot asas yang perlu ada pada ruang tamu kebiasaannya adalah set sofa, meja kopi,meja sisi dan rak tv manakala pada ruang makan pula perabot yang paling utama adalah set meja makan. Untuk menghasilkan sentuhan dekorasi pada ruang tamu. Ianya terpulang kepada konsep yang anda pilihan mahupun dari kelompok konsep moden mahupun kelompok konsep klasik. Jika sudah mengenali konsep sofa yang bakal anda pilih maka ianya akan memudahkan untuk anda membuat pilihan terhadap meja kopi, meja sisi dan rak tv. Kebiasaannya sentuhan yang tepat adalah ketiga-tiga perabot tadi menampilkan elemen yang serupa. Misalnya jika meja kopi anda berasaskan kaca dan besi maka begitu juga untuk meja sisi dan rak tv. Jika meja kopi anda berasaskan kayu maka begitu juga dengan pemilihan meja sisi dan rak tv dari bahan material yang sama.

Menyentuh tentang idea dekorasi bagi ruang makan pula, terlebih dahulu anda perlu mengetahui keperluan ataupun bilangan ahli keluarga yang bakal memerlukannya. Set meja makan juga mempengaruhi ruang. Jadi fahamilah ruang yang anda miliki samada set meja makan anda lebih sesuai dengan bentuk bulat, bujur mahupun empat segi. Set meja makan juga datang dalam pelbagai pilihan dan masih membawakan tema utama dalam koleksi klasik mahupun koleksi moden.

Jika anda masih tercari-cari akan koleksi perabot-perabot yang kita bicarakan ini, anda boleh berkunjung ke pusat perabot COURTS yang menawarkan kepelbagaian dan pilihan perabot yang bakal melengkapkan sentuhan dekorasi raya anda. Dengan memiliki perabot-perabot yang berkualiti juga memberikan lebih faedah pada wang anda tambah-tambah lagi dengan kehadiran GST pada tahun ini. Kelebihan lainnya di COURTS juga anda mudah untuk membuat pilihan dengan citasa misalnya set sofa berbentuk L dan set meja makan moden hanya pada harga RM899 sahaja dengan ‘Courts FlexiCredit’. Bukan itu sahaja, jika anda ingin mengilhamkan sentuhan dekorasi buat ruang tamu dan ruang makan sekaligus, anda boleh memilih pakej yang menawarkan set sofa 3+2+1 bersama meja TV, meja kopi dan set meja makan dengan 6 tempat duduk.

Selain itu warna juga memainkan peranan penting. Hasilkan sentuhan dengan warna-warna pastel dan ceria bagi menambah mood keriangan di sepanjang musim perayaan ini. Dan jangan dilupakan teknik pengcahayaan yang baik mampu menambah seri keseluruhan ruang anda malah membuatkan perabot-perabot anda kelihatan lebih cantik dan menyerlah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:05 AM