Oleh Junaidi Ladjana dan Mohd Ruzaini Zulkepli


Kota Kinabalu: Proses bedah siasat 15 mayat mangsa gempa bumi di gunung Kinabalu, Kundasang, Jumaat lalu, sedang dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) bermula jam 9 pagi tadi.

Pengarah HQE, Heric Corray ketika ditemui di luar perkarangan HQE berkata, 15 mayat berkenaan dikenal pasti mangsa yang terkorban di Gunung Kinabalu akibat gempa bumi yang melanda Sabah, 5 Jun lalu.

"Setakat ini, kita sahkan ada menerima 15 mayat yang terbunuh dalam kejadian gempa bumi tempoh hari.

"Proses bedah siasat dijalankan pagi ini (9 pagi) dan tenaga doktor di pihak HQE mencukupi bagi tujuan berkenaan," katanya.

Tinjauan di HQE mendapati lebih 50 orang iaitu ahli keluarga mangsa, termasuk dari Singapura kelihatan berkumpul di perkarangan lobi Jabatan Forensik-Unit Forensik Patologi bagi mendapatkan perkembangan lanjut.

Beberapa ahli keluarga mangsa gempa bumi di Kundasang termasuk warga Singapura kelihatan berkumpul di lobi Jabatan Forensik-Unit Forensik Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) sebentar tadi. - Foto Junaidi Ladjana

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 11:36 AM