Kota Kinabalu: Dua jasad warga Singapura yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu pada 5 Jun lalu, dihantar ke negara asal, di sini, hari ini.

Jurucakap Hospital Queen Elizabeth (HQE) berkata, mayat Mohammad Ghazi Mohamed, 35, dan Navdeep Singh Jaryal Raj Kumar, 13, mula meninggalkan perkarangan HQE, 8 pagi tadi sebelum dihantar ke Singapura menggunakan pengangkutan udara.

Mohammad Ghazi dan Navdeep antara 10 warga Singapura yang terkorban dalam kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu.

Dalam kejadian 7.15 pagi itu menyaksikan enam warga Malaysia maut, manakala masing-masing satu warga China dan Jepun.

Difahamkan, semua yang terkorban itu dipercayai dalam perjalanan turun dari Sayat-Sayat menuju ke Laban Rata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Jun 2015 @ 6:01 PM