ORANG ramai memenuhi perkarangan rumah keluarga Ricky Masirin (gambar kecil) di Kundasang pagi tadi.
ORANG ramai memenuhi perkarangan rumah keluarga Ricky Masirin (gambar kecil) di Kundasang pagi tadi.
Ardyhansah Amat


Ranau: Orang ramai mula mengunjungi rumah mendiang Ricky Masirin, 28, malim gunung yang terkorban akibat kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu, di Kampung Kauluan, Kundasang, di sini, hari ini.

Menurut bapa saudara mangsa, Jolis Boliking, 47, mayat Ricky dibawa dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan tiba di rumahnya kira-kira jam 11.30 malam tadi.

"Mendiang dikebumikan di Tanah Perkuburan Kristian Kampung Kauluan jam 1 petang ini," katanya ketika ditemui di sini, pagi tadi.

Menurutnya, Ricky sudah bekerja sebagai malim gunung hampir dua tahun dan menjadi tenaga pengajar mendaki menggunakan tali.

Difahamkan Ricky bersama kumpulan pelajar Singapura maut akibat dihempap runtuhan batu di Via Ferrata, Jumaat lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Jun 2015 @ 1:35 PM