Oleh Mohd Hilmi Mahmud

[email protected]

Georgetown: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan penemuan cebisan anggota badan oleh pasukan penyelamat di puncak gunung Kinabalu malam tadi adalah daripada empat individu berlainan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata sehingga pagi tadi, 13 mayat pendaki yang lengkap anggota badan sudah ditemui oleh pasukan penyelamat dan sudah dibawa turun.

Beliau berkata, cebisan anggota badan daripada empat mayat yang ditemui malam tadi tidak termasuk di dalam senarai 13 mangsa yang dibawa turun.

"Pasukan penyelamat ada menemui kaki, tangan dan beberapa lagi cebisan anggota badan yang lain.

"Jumlah cebisan badan yang ditemui adalah daripada empat individu berlainan dan bukan daripada jumlah 13 mayat mangsa yang lengkap ditemui sebelum ini," katanya selepas melancarkan Program Sambutan hari Tanpa Tembakau Sedunia, di sini, tadi.

KENDERAAN polis membawa cebisan mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu tiba di Jabatan Perubatan Forensik - Unit Forensik Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Jun 2015 @ 1:53 PM