Oleh Junaidi Ladjana

Kota Kinabalu: Mayat pesara doktor ditemui reput di dalam rumahnya dipercayai sudah meninggal dunia sejak empat hari lalu di tingkat empat pangsapuri di Jalan Sepanggar, dekat sini, 10.59 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, berdasarkan maklumat, mangsa sudah meninggal dunia sejak tiga hingga empat hari lalu berdasarkan keadaan mayat mangsa yang mulai reput.

"Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut.

"Setakat ini, tiada sebarang unsur-unsur jenayah berlaku dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik bagi bedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, kes berkenaan diklafikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu segera tampil bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2015 @ 5:41 PM