Buku ini mengupas semua persoalan mengenai perkahwinan muda melalui huraian yang mudah dan ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Ia disebabkan kerana perkahwinan yang diredai Allah perlu bermula daripada asas yang kukuh.

Justeru, perkahwinan memerlukan persediaan dari segala segi membabitkan material mahupun rohani. Buku ini turut memberi inspirasi kepada golongan muda supaya menyalurkan fitrah cinta melalui jalan yang betul iaitu melalui perkahwinan.

Selain itu, ia turut mengemukakan panduan yang berlandaskan syariat bagi mereka yang belum bernikah untuk mempersiapkan diri sebelum melayari alam rumah tangga.

INFO

- Tajuk: Kahwin Muda Ke Arah Mencari Reda-Nya

- Penulis: Aizuddin Abdul Hamid

- Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd

- Harga: RM20

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Ogos 2015 @ 11:08 AM