Buku kanak-kanak ini mengisahkan kisah 10 sahabat yang paling disayangi Rasulullah.

Mereka menyerahkan seluruh tenaga, wang, harta benda, darah dan keringat untuk Islam secara umum dan untuk baginda Rasulullah secara khusus.

Tidak hairanlah, pengorbanan mereka yang suci dan tiada tolok bandingan ini mendapat pengiktirafan tertinggi daripada Allah dan rasul.

Menerusi buku ini, pembaca diajak menyelami betapa murni dan mulianya insan terpilih ini yang seharusnya dicontohi dalam membela kemuliaan dan keagungan Islam yang tercinta ini.

INFO

- Tajuk: 10 Sahabat Syurga Untuk Mereka

- Penulis: Arsil Ibrahim

- Penerbit: Ana Muslim Distributors Sdn Bhd

- Harga: RM35

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 11:25 AM